RESEPI PILIHAN : KUIH SERI AYU

Ayu ke tidok uolls nak buat kuih seri ayu ni ? Hahaha. Ayu ke tak ayu ke tak ada hal la kan. Kalau dah teringin nak makan memang kita akan buat la. Time petang-petang sejuk hujan ni memang kena la kalau nak buat kuih ni. Sambil lepak rehat-rehat dengan family memang nikmat kalau layan kuih ni sama-sama. Jom tengok step nak buat kuih ni. Senang sangat tau. Admin dah pernah try mudah sangat. Jom check it out !

BAHAN-BAHAN :

3 biji telur
240 gm gula
240 ml santan atau susu segar
2 sudu besar jus pandan
270 gm tepung gandum
1 sudu kecil ovallate
1 sudu besar tepung ubi
kelapa parut muda
garam


CARA-CARA :

1. Telur dimesin/dipukul bersama gula hingga kembang.
2. Masukkan santan/fresh milk, ovallate dan tepung gandum. Gaulkan sehingga sebati.
3. Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada acuan.
4. Ambil sedikit kelapa yang telah digaulkan tadi dan tekan sehingga padat.
5. Tuangkan adunan tepung tadi.
6. Kukus hingga masak selama 15 minit.



Sumber: Resepi Mudah

Comments

Popular posts from this blog

AKTIVITI STAFF NURRAYSA HQ

4 JENIS MINYAK WANGI PALING MAHAL DI DUNIA