Maksud MESRA WUDUK NURRAYSA




Sekarang banyak sangat pengeluar produk mengeluarkan produk kosmetik dan menggunakan tagline MESRA WUDUK dan mengeluarkan kenyataan maksud berbeza .
Dan sekarang setelah Nurraysa sangat dikenali, banyak posting oleh founder produk lain yang merupakan pengeluar produk kosmetik mekap juga terutama founder-founder produk jenama baru posting tentang kenyataan mesra wuduk dan dikomen menyatakan ketidakpuasan hati kepada tagline digunakan Nurraysa malah ada yang mengatakan tentang status halal.
Disini saya nak jelaskan untuk kali ke berapa ratus saya tak kisah, tentang maksud mesra wuduk Nurraysa , adalah mudah dicuci yang mana tanpa silicon, bukannya tak perlu cuci langsung atau hanya boleh menggunakan air sahaja. Maksudnya nak cuci itu senang tak perlu cuci muka berkali-kali menggunakan makeup remover atau sabun, berbanding mekap yang ada silicon, walaupun menggunakan makeup remover atau sabun, perlu dicuci banyak kali dan sangat susah nak tanggal, mengambil masa yang lama untuk ditanggalkan sepenuhnya.
Yang mana bagi penggemar mekap, mereka sedia maklum , termasuk saya sendiri, apabila menggunakan mekap yang ada silicon amatlah susah dan lama perlu tanggalkan, disebabkan masalah itulah saya mengeluarkan mekap yang mesra wuduk, mudah cuci untuk memudahkan orang Islam malah agama lain juga untuk menggunakan mekap tapi tak perlu ambik masa yang lama untuk cuci dan yang paling penting mekap kami keluarkan tidak tabarruj, maksudnya menampakkan berlebihan . Tapi anda masih boleh tampil berkeyakinan.
Malah Muti Wilayah sendiri mengeluarkan kenyataan mengenai maksud mesra wuduk.
Kata beliau “ Bahkan jika orang memakai produk itu dengan bertujuan bercantik-cantik
dalam beribadat dan berasa selesa dengan pemakaian produk itu seperti mana galakan agama yang menyuruh berhias untuk menunaikan solat dengan memakai pakaian cantik , bersih , suci , serta membuatkan badan berasa selesa, maka ia perkara terpuji “ katanya.
Dan produk kosmetik Nurraysa telah disahkan HALAL Jakim, boleh menggunakan tanpa rasa was-was.
Saya harap tiada lagi yang mengaitkan tagline mesra wuduk, dengan mengaitkan pemakaian purdah saya, dan mengatakan saya menjual agama semata-mata untuk melariskan produk. Jangan lah kerana nak melariskan produk sendiri kita sanggup mengeluarkan statement untuk menarik perhatian orang ramai sehingga mengaitkan isu purdah dan agama semata-mata untuk menjatuhkan sesama kita orang islam. Tiada kaitan dengan pemakaian purdah saya kerana saya sendiri memakai sejak sebelum terjebak dalam industri perniagaan lagi.
Saya harap orang ramai boleh klik kan 1 SHARE setiap orang post ini, mudah mudahan menjadi saham akhirat dan bermanfaat untuk orang lain dengan kenyataan ini.
Syukur asbab perniagaan ini saya telah melahirkan lebih 5000 usahawan meningkatkan ekonomi keluarga mereka.

Comments

Popular posts from this blog

4 JENIS MINYAK WANGI PALING MAHAL DI DUNIA

FOUNDER NURRAYSA