5 TIPS ATASI MASALAH PERUT BUNCIT
Macam best je kan tajuk entry kita kali ni. Eh, eh senyum sorang-sorang tu mesti sebab terasa dengan tajuk ni. Haha. Qila pasti bagi anda yang mengalami masalah perut buncit selalu berasa tidak senang dengan keadaan tersebut lebih-lebih lagi bagi anda yang wanita sebab wanita ni memang tidak lari untuk nampak cantik sentiasa.
Tapi jangan risau sebabnya setiap masalah mesti ada jalan penyelesaiannya. Bagi anda yang sedang mengalami masalah seperti ini boleh lah follow tips yang qila kongsikan ini – 5 Tips Atasi Masalah perut Buncit.
Bersarapan Dengan Yogurt
Jangan Gelojoh
Kunyah makanan dengan perlahan dan telan makanan apabila ia telah benar2 hancur. Apabila menelan makanan terlalu cepat udara yang tertahan dan ter sekat di dalam usus akan membentuk gas yang menyebabkan perut terasa penuh. Makanan yang tidak di kunyah dengan lumat susah untuk di hadamkan dan menyebabkan terhasilnya gas-gas yang membentuk?perut buncit.
Kurangkan Garam
Pengambilan garam yang banyak di dalam diet harian akan menyebabkan berlakunya pertambahan sodium dalam badan. Ia juga melambatkan mekanisma dan memasksa air keluar dari sel badan anda dan menyebabkan perut terasa penuh dan perut mula mengembung kehadapan.
Minum Air
Sekiranya anda berasa perut anda kembung dipenuhi air kesan daripada penyimpanan air berlebihan, anda boleh mengurangi masalah itu dengan meminum lebih banyak air. Pengambilan air ini dapat mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh untuk melancarkan jumlah air yang keluar daripada tubuh. Selain itu ia juga dapat menjamin fungsi hempedu supaya aktif mengeluarkan bendasing dalam badan.
Pengambilan Serat Yang Tepat
Pengambilan serat dari buah buahan seperti pir dan epal yang mengandungi banyak air dipercayai dapat mengimbangi penyimpanan air yang boleh menyebabkan pengembungan pada perut
Sumber: panduanpercuma
#NurraysaBeauty
Comments
Post a Comment