Soalan Lazim Nurraysa Skincare Set

Q: Berapakah item yang terdapat dalam Skincare Set Trial Pack?
A: 4 item iaitu Nurraysa Collagen Soap 30 gm, Miracle Whitening Spray 30ml, Treatment Serum 15ml & UV Cream 5gm.

Q: Skincare Set Trial Pack ini boleh tahan berapa lama?
A: Skincare Set Trial Pack boleh tahan 3-4 minggu bergantung kepada kekerapan penggunaan pengguna.

Q: Adakah produk ini mengandungi merkuri, hidroquione dan paraben?
A: Tidak ada. Produk ini berasaskan bahan semulajadi dan tidak merosakkan kulit wajah.

Q: Sebelum saya guna Skincare Set Trial Pack, perlu tak saya rehatkan kulit muka?
A: Ya, anda perlu rehatkan kulit muka selama 2 minggu. Dalam tempoh itu, anda tidak digalakkan menggunakan apa-apa pencuci muka dan krim muka kerana tempoh itu adalah proses untuk meneutralkan semula kulit muka anda.

Q: Apa yang boleh saya pakai semasa tempoh rehatkan kulit muka?
A: Anda boleh pakai compact powder,masker dan skrub daripada bahan semula jadi.

Q: Produk ini ada efek pengelupasan tak?
A: Tidak ada. Semua bahan dalam produk ini berasaskan bahan organik dan merawat kulit secara semulajadi tanpa menghakis struktur kulit.

Q: Saya dah guna 1 set Skincare Set Trial Pack ini tetapi kenapa muka saya naik jerawat?
A: Jika kulit muka naik jerawat, anda perlu berhenti pakai Skincare Set Trial Pack. Pakai Collagen Soap sahaja sehingga kulit wajah bebas dari jerawat.

Q: Saya sudah pakai Collagen Soap dan kulit saya kini bebas daripada jerawat. Bolehkah saya guna Miracle Whitening Spray, Treatment Serum & UV Cream?
A: Ya, boleh. Jika selepas menggunakan Miracle Whitening Spray, Treatment Serum & UV Cream wajah sis naik jerawat semula, behenti menggunakannya dan guna Nurraysa Collagen Soap sahaja.

Q: Kenapa saya perlu berhenti guna Miracle Whitening Spray, Treatment Serum & UV Cream kalau wajah saya naik jerawat semula?
A: Ini bermakna kulit anda belum betul-betul bebas daripada toksin, jadi kulit akan berjerawat.

Q: Muka saya naik jerawat bernanah selepas guna produk ini, adakah ia dalam proses pemulihan kulit atau saya perlu hentikan penggunaan?
A: Kami sarankan anda hentikan penggunaan produk ini dalam masa seminggu, dalam tempoh tersebut biarkan kulit anda bebas daripada pakai apa-apa produk. Selepas itu ada cuma pakai Collagen Soap sahaja.

Q: Adakah Nurraysa Skincare Set Trial Pack boleh membantu masalah kulit jeragat?
A: Ya, ia boleh membantu mengurangkan pigmentasi/jeragat pada kulit wajah.

Q: Berapa lamakah saya perlu menggunakan Nurraysa Skincare Set untuk mendapatkan kulit bebas jerawat dan cerah?
A: Kesan berbeza-beza ke atas individu dan bergantung kepada masalah kulit masing-masing. Jika kulit anda tiada masalah yang serius, kesan boleh dilihat seawal 3 minggu dan ada juga dalam tempoh 2-3 bulan.

Q: Kulit saya berminyak dan kusam, adakah produk ini boleh membantu mengatasi masalah ini?
A: Ya boleh. Fungsi produk ini untuk membantu mengurangkan masalah kulit berminyak, kusam dan kulit berjerawat.

Q: Golongan umur berapakah produk ini sesuai dipakai?
A: Produk ini boleh dipakai dari umur 13 hingga 50 tahun ke atas.

Q: Lelaki dan perempuan boleh pakai produk ini?
A: Ya, lelaki dan perempuan boleh menggunakannya.

Q: Produk ini mesra wuduk dan boleh dibawa solat?
A: Ya, mesra wuduk dan boleh dibawa solat. Treatment Serum dan Miracle Whitening Spray bersifat air, manakala UV Cream sangat mudah dicuci tapi perlu menggunakan sabun atau makeup remover.

Q: Produk ini ada kelulusan KKM?
A: Ya, sudah semestinya ada. No KKM Skincare Set Trial Pack:
Collagen Soap: NOT160902956K
Treatment Serum NOT160902953K
Miracle Whitening Spray NOT160902954K
UV Cream NOT160902955K

Q: Adakah produk ini mendapat Sijil Pengesahan Halal dari pihak JAKIM?
A: Ya, kami mendapat kelulusan Halal dari pihak JAKIM dengan nombor siri A43495.

Q: Kalau kulit saya kering, apa yang perlu saya pakai?
A: Anda boleh gunakan Argan Whitening Moisturizer dan jangan biarkan lama sabun di muka sebelum bilas.

Q: Adakah produk Nurraysa repack atau kimbang kilo?
A: Tidak, produk Nurraysa diformulasi dan di R&D di kilang sebelum dikeluarkan dan tekstur produk tidak sama dengan produk timbang kilo.

Comments

Popular posts from this blog

AKTIVITI STAFF NURRAYSA HQ

4 JENIS MINYAK WANGI PALING MAHAL DI DUNIA