Soalan Lazim Glowing DD Moist Cake

Q: Glowing DD Moist Cake ada berapa jenis warna?
A: Glowing DD Moist Cake ada 3 jenis warna iaitu Light, Medium & Dark.

Q: Adakah produk ini mesra wuduk dan mesra solat?
A: Ya, produk ini mesra wuduk dan mesra solat. Walau bagaimanapun anda perlu bersihkan sisa bedak terlebih dahulu dengan pencuci muka atau makeup remover sebelum berwuduk.

Q: Kenapa saya perlu cuci muka jika produk ini mesra wuduk?
A: Maksud mesra wuduk adalah mudah dicuci dan mudah ditanggalkan. Bukan bermaksud anda tidak perlu cuci makeup tersebut.

Q: Muka saya berminyak dan berjerawat. Adakah saya sesuai pakai produk ini?
A: Ya sesuai kerana produk ini bersifat merawat kulit wajah. Tidak boleh menggunakannya melebihi tempoh 5 jam dan mestilah cuci sebersihnya sebelum tidur. Disarankan juga gunakan Treatment Serum sebelum menggunakan Glowing DD Moist Cake.

Q: Adakah produk ini mengandungi silikon?
A: Tidak. Produk ini bebas daripada bahan silikon.

Q: Saya sudah pakai Glowing DD Moist Cake, adakah saya perlu pakai bedak lain lagi selepas itu?
A: Tidak perlu, walau bagaimanapun untuk mendapat kesan flawless dan tahan lama, anda boleh pakai Flawless Mineral Loose Powder.

Q: Adakah produk ini mengandungi SPF (sun protection factor)?
A: Ya produk ini mengandungi SPF 50+++ yang boleh melindungi kulit wajah daripada sinaran UV.

Q: Saya baru pertama kali menggunakan Glowing DD Moist Cake, kenapa muka saya naik jerawat?
A: Jika berlaku tindak balas seperti naik jerawat, pastikan muka dicuci sebersihnya sebelum dan selepas menggunakan Glowing DD Moist Cake. Tindak balas ini adalah normal kerana bersifat membantu masalah kulit.

Q: Saya tak pernah pakai bedak sebelum ini, boleh ke saya terus pakai bedak ini?
A: Boleh.

Comments

Popular posts from this blog

4 JENIS MINYAK WANGI PALING MAHAL DI DUNIA

5 TIPS ELAK DITIPU KETIKA MEMBELI BARANG ONLINE

Bismillahi wa asalamualaikum