Soalan Lazim Flawless Mineral Loose Powder Nurraysa
Q: Adakah loose powder ini mengandungi kandungan mineral?
A: Ya, loose powder ini mengandungi mineral dan selamat digunakan.
Q: Loose powder ini mengandungi Talc. Setahu saya Talc ini bukan ke bahaya untuk kesihatan? Jadi, adakah loose powder ini selamat?
A: Ya, selamat digunakan. C177491 itu adalah nama pendaftaran dalam KKM yang mana ia lebih dikenali sebagai Iron Oxide.
Iron Oxide ini adalah satu gabungan antara Iron dan Oxide. Untuk pengetahuan, Oxygen sangat penting untuk diletakkan di dalam produk kosmetik yang mana fungsinya adalah untuk membenarkan kulit bernafas. Lagi banyak Oxygen, lagi bagus untuk kulit kerana ianya juga adalah salah satu bahan untuk treatment.
Dalam kosmetik kita tidak menggunakan Talc jenis Asbestos. Talc yang kita gunakan dalam kosmetik telah diluluskan oleh FDA.
Q: Saya tak suka pakai foundation, boleh saya pakai loose powder sahaja?
A: Ya boleh, sebelum itu anda perlu pakai pelembap supaya loose powder dapat menyerap pada kulit dengan baik.
Q: Apa perbezaan guna powder puff dan powder brush untuk loose powder?
A: Powder puff sangat sesuai pada kulit berminyak kerana ia boleh menyerap minyak, manakala powder brush sesuai untuk kulit kering dan normal.
Q: Adakah bedak ini boleh dibawa solat?
A: Ya, boleh. Semua produk Nurraysa boleh dibawa solat.

Comments
Post a Comment