Benda yang wangi-wangi ni memang ramai orang sukakan? Yelah siapa je yang tak suka bau wangi-wangian. Mungkin bagi sesetengah orang, wangian yang digunakan amat penting yang mana ia melambangkan kecantikan dan juga dapat meningkatkan keyakinan dan ketrampilan seseorang individu. Dapat kita lihat di dalam pasaran pada masa kini terdapat pelbagai jenis minyak wangi yang ada dan harga kebiasaannya adalah bermula daripada RM50 dan ke atas. Mungkin juga ada yang harganya bawah daripada tu kan? Tapi untuk harini qila nak kongsikan antara 4 jenis minyak wangi yang paling mahal di dunia. Di dunia okay bukan di dalam negara. Hehe. Untuk info uolls juga, harga minyak wangi yang paling mahal ini mungkin bersamaan dengan harga sebuah banglow. Wow sangat kan? Jom check it out ! #1. DKNY Golden Delicious Million Dollar Fragrance – RM4.3 juta Wow RM4.3 juta. Boleh tahan harga buat kita menangis. Haha. Ia merupakan hasil kerjasama antara DKNY dan pereka barang kemas popular,...
Penjualan barang online menjadi satu fenomena dan jangan tekejut ia mampu menjadi punca rezeki bagi sesetengah pihak. Saban hari banyak dapat berita tentang penipuan daripada membeli barang online ni. Yelah, pembelian online kita tidak dapat melihat, memegang barang yang kita nak beli. Sampai ada owner yang jual pun kita tak tahu siapa. Jadi, di bawah ni admin kongsikan sesdikit tips untuk elakkan diri kita daripada jadi mangsa ditipu ketika beli barang online. Tips ini di ambil daripada perkongsian wom.my. Jom tengok apa 5 tips tu 🙂 Tips 1 : Lihat Website Jualan Sekiranya anda memilih untuk membeli melalui website persendirian mahupun melalui akaun facebook dan instagram, lihat dahulu website tersebut. Lakukan blogwalking. Jika ia seperti sebuah website yang belum siap dan terdapat banyak link yang tidak boleh dibuka, anda harus berfikir berulang kali untuk membeli. Mungkin pemiliknya masih lagi dalam proses untuk menyiapkan websitenya, atau mungkin juga website terseb...
29 JUN 2023 Subahanallah, masyaallah Allah rezakikan aku juga kembali ke sini setelah hampir 5 tahun berdiam diri. Sebab apa? Biar lah tuhan saja yang tahu. Kembalinya aku di sini dengan lembaran baru yang indah. Alhamdulillah sudah bergelar isteri pada 2020 dan juga ibu pada tahun yang sama. 2020 menyaksikan naik dan turun aku selama bergelar isteri dan ibu. Mesti ada yang tertanya-tanya bila tarikh dapat anak kan? Ok...tarikh perkahwinan bersama suami pada 5 Januari 2020, setelah 9 bulan mengendong roh baru dalam rahim, tepat 6 Oktober 2020 lahirlah khalifah comel ke muka bumi menemani ibunya ini di katil wad bersalin. Alhamdulillah.
Comments
Post a Comment